BUKAN JAGOAN
untuk sebutir pingat olimpik
harus hadapi saingan sengit
lantaran hebatnya saingan
syarat buat jagoan.
untuk bina menara kembar
atau terjun di kutub bersama proton
juga membina jambatan terpanjang
tidak perlu hadapi saingan.
betapa tinggipun menara menjulang
bawalah apapun bersama terjunan
binalah sepanjang manapun jambatan
namun kau masih bukan jagoan.
ZIZIE ALI
22.9.2000
Rabu, 26 Desember 2007
SERIGALA GILA
dalam zaman dotcom ini
media perdana kita masih meraung-raung
bagai serigala gila
di zaman bahara.
mereka tertinggal seribu tahun di belakang
betapa serangan dan laungan
bagaikan para pejuang akan hancur berantakan
tapi apa yang kita saksikan?
yang berantakan adalah keris bersilang
dan bulan mengambang di dua pengkalan.
andai nanti mereka benar-benar hancur
salahkanlah media perdana
yang terjelepuk di bawah telunjuk
kerana gagal memandang jauh ke depan
meraung menerjang sebarangan.
dalam zaman dotcom ini
media perdana kita masih meraung-raung
bagai serigala gila
di zaman bahara.
mereka tertinggal seribu tahun di belakang
betapa serangan dan laungan
bagaikan para pejuang akan hancur berantakan
tapi apa yang kita saksikan?
yang berantakan adalah keris bersilang
dan bulan mengambang di dua pengkalan.
andai nanti mereka benar-benar hancur
salahkanlah media perdana
yang terjelepuk di bawah telunjuk
kerana gagal memandang jauh ke depan
meraung menerjang sebarangan.
Langganan:
Postingan (Atom)
